Khamis, Disember 31, 2009

Bertemu kembali .. Selamat datang tahun baru 2010.

Assalamualaikum sahabat-sahabatku. Rasanya lama x taip apa-apa artikel atau tajuk dalam blog ni. Tup Tap masa berlalu dengan pantas seperti air mengalir deras. Selalu dengar ustaz2 bagi tau tanda2 kiamat iaitu masa berlalu dengan cepat. Dekat setahun gak aku bergelar penjawat awam dan suami. Hehe. Isteri aku sedang countdown hari jer utk melahirkan insan bernama manusia yang akan berdiri gagah menegakkan agama ISLAM tercinta di serata dunia. Berlalu 5 bulan aku di bumi Rompin yang menjadikan aku lebih dewasa dan matang. Sisa kehidupan yang perlu diteruskan. Aku harapkan secebis rahmat dari Nya untuk berjuang menghadapi pelbagai cabaran. Tahun baru 2010 datang walau tanpa dijemput atau diundang. Seperti juga Maut yang tidak diundang yang akan datang kepada setiap insan di dunia ini. Aku akan menjadi seorang ayah. Lihat lah wahai penduduk bumi & langit, hari ini aku berikrar dan berazam menjadi seorang hamba Allah s.w.t yang benar2 taat akan perintah-perintah Nya, menjadi seorang suami yang akan membimbing isteri ke Mahligai di Jannatul Firdaus, menjadi ayah yang menjadikan urusan agama didahulukan dalam setiap perkara, menjadi pekerja yang cemerlang, gemilang & terbilang InsyaALLAH.

Kehidupan baru di Majlis Daerah Rompin ini banyak mengajari aku erti kehidupan. Nafkah yang halal yang tidak bercampur syubhat sangat perlu bagi memastikan keberkatan hidup bersama keluarga. Kekadang aku terfikir betapa perit jerih ayahku membesarkan aku bersama keluarga. X kan ku lupa jasa & keringatmu ayahku. Bebanan kerja di MD Rompin jauh jika dibandingkan di MP Jasin. Aku lebih selesa dan bahagia sekarang. Perjuangan mesti diteruskan dan perlu diteruskan. Life must going on. Betul la kata orang hidup kita seperti roda, kadangkala di atas dan kadangkala di bawah. Bertuah la sekiranya apa pun keadaan seseorang itu dia mampu mentaati Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. Masih lagi mampu tersenyum walau diuji 1001 ujian. Teringat aku satu suara dari satu bayan yang pernah ku dengar; manusia yang paling manis senyumannya ialah manusia yang ditimpa musibah dia masih tersenyum dan mengatakan Innalillahi wainnailaihi rojiun. Semoga kita juga termasuk insan2 yang redha diuji dan bersabar atas segala kesusahan. Amin..